Pages

Monday, July 14, 2014

Minyak Baby Yang Paling Best

Introducing the best baby oil in town!!!!! Wehooooo.... Siyes sejak zaman beranakan Zara lagi aku guna minyak Tropical Herbs by Amway. Ahaks bukan sebab aku ahli Amway aku pakai okey tapi masa bersalin Zara memang dah guna set bersalin Amway so dalam tu include skali minyak baby nih. 

Setengah baby kan sensitif mak makan tak control je dia kembung kan? Pastu dia nangis jerit-jerit so mummies pun pening so serik nak beranak lagi. Hahaha.... Tapi so far pakai minyak ni aku memang tak penah ada masalah tu. Bukan cakap besar, tapi barang elok meh la share keelokkannya bersama-sama.Aku ni dah la suke makan especially coklat. Kan ada mak nenek yang cakap tak bole makan coklat nanti baby kembung la pape la kan. Minyak ni sangat aku recommeded.

Boleh beli dari aku kalau nak. Maksudnya ko bayar aku order Amway hantar kat rumah @ opis. Aku tak simpan stok kat rumah dan TIDAK BOLEH COD. 1 botol aku estimate boleh tahan 6 bulan. Macam gambar kat atas, dah guna sama baya umur Zahin, 3bulan, tak sampai suku pun lagi.

 Harga 1botol RM28 + postage RM 10. 2 botol RM 60 (dah siap postage). Harga memang mahal for those yang ske nak compare dengan Minyak Yu Yi @ Minyak Telon. Tapi sapa yang pernah guna minyak baby ni sure dia tak nak guna minyak brand lain. Sms/whatsapp: 012-2265570

Bile mood kelaut

Dah 2 minggu puasa haih maknanye 2 minggu lagi nak raya. Persiapan memang xsiap-siap lagi sebab anak dah ramai laki plak dok sibuk g sana sini. Nak g shopping lama-lama pun payah sebab Zahin ada. Pastu malam kan kejap-kejap bangun menyusu so siang hari memang letih gilos. Tuh bile laki wassap bile dia g outstation jadi kelaut je mood nak reply.

#nama panggilan dipadamkan supaya stalkers tak menjaja mulut yang jahat tu.wink wink wink

Saturday, June 28, 2014

Sharing is caring

Bila Zikri mengasuh

Balik dari kelas piano tadi si Zahin dok la nangis-nangis. Laki aku takde g kursus so pas habis kelas rushing nak masak. So suh la Zikri tengok adik dia kejap. Apehal la senyap je kan dari dapur tak dengar sore budak nangis. Sekali ku jengah dalam bilik owhhhh... Dia dok la selimutkan adik dia. Tepuk-tepuk dada... Okey good..

Thursday, June 26, 2014

Kejadian tengah hari tadi

Tajuk dah macam berita plak... Citer setiap hari pkol 11.45 biasanya adik aku yang g amik Zikri & Zara balik sekolah. Sebab time gitu aku sibuk masak dan lagi aku pun malas nak dukung Zahin turun naik tingkat 10 tuh. Tapi hari nih adik bongsu aku tuh kena hantar abang dia iaitu adik aku yang bawah aku tu g KLIA2 sebab dia nak g Langkawi.

So bergerak lah mak ni dari rumah ke sekolah dengan cuma 5 minit jer. Seperti selalu jugak aku memang tak penah parking kete masuk petak cuma berenti kejap block kete orang then teacher budak-budak ni akan bawak diaorang masuk kete. Memang senang banyak. Masa tengah tunggu turn nak masukkan zikri zara dalam kete tuh aku nampak minah sorang ni menuju ke kereta dia and dia bagi sign suh aku blah sebab dia nak keluar. Aku bukannye nak g makan pun dol aku tunggu cikgu budak-budak ni pastu aku blah la. Ko kepoh-kepoh apehal kan ko pun belum masuk kete lagi. Sekali!!!  sekali dia bole datang ketuk cermin kete aku belah penumpang. Aku turunkan la tingkap.

Lepas tuh!!! Si gile nih dia bole cakap kuat-kuat kat aku dia kata ' eh awak tak paham bahasa ke aku suh tepi aku nak kuarkan kete. Mentang-mentang hantar anak sekolah mahal berlagak!' by that time teacher, zikri and Zara dah sampai tepi kete. Aku pun cakap lah ' excuse me bahasa elok skit ya u pun tak masuk kete lagi kan' u sibuk-sibuk nak gadoh apa hal. Jiwa tak tenteram ke haper. Pastu aku nak sambung lagi teacher Zara dah menyampuk and aku pun malas nak panjangkan citer aku tutup je tingkat terus aku blah. Nak je la aku langgar pompuan gile nih tadi. Dah lah muka comot ada hati nak marah aku. Mihmihmih

Agak-agak la beb! Ko ada masalah apa pun ko nak humban kat orang buat ape. Tolerate lah skit aku bukan tinggalkan kete pun tadi. Aku berenti 5 minit pun tak sampai. Ha takpe balik nanti mak nak ngadu dengan laki mak. No kete kancil buruk ko tuh mak dah hafal. Ha biar lantak laki mak pukul ko. Bahahahahaaa....

Wednesday, June 25, 2014

Bonding time!!!

Yeah itu dia bile dia dapat peluang dukung adik dia kemain happy! Zikri sejak bertambah adik nih makin boleh di harap. Mummy senang banyak woo!! Contoh erk pas mummy bukak baju and diapers adik sebab nak bagi mandi, dia terus je amik baju masuk dalam mesin and diapers tadi masuk dalam bakul sampah. Petang pas dia nap kejap, dia terus angkat kain dijemuran. Huhuhuhu mummy sungguh berterima kasih sayang. Ok bye!! Tak moo puji lebih-lebih.

Tuesday, June 24, 2014

My sunshine

Nyanyi skit.. U are my sun shine my only sun shine.. Vavaaavaaa.. Dah lama takde baby so bile ada baby ni rasa nak gomoi je tak habis-habis. Even masa dia tido aku kiss-kiss mulut dia. Hahaha ayat tak boleh blah 'sedapnye bau mulut adik walaupun adik tak gosok gigi!!!' bahahahaha try kalo papa yang tak gosok sehari sure pitam mak ko nih!

So far dah nak masuk 3 bulan Zahin tak banyak sangat ragam. Minum susu kenyang-kenyang pastu bagi tido terus dia zzzzzzzz..... Lama gak sekali nap dalam 2 jam bergantung pada tahap kesunyian pada masa tuh. Kalau kakak and abang ada kejap je la sebab dia pun pelik agaknye sape lah yang memekak sangat nih nak tido pun susah! Hahahaha cuma dia memang tak bole panas. Kalau panas dia akan melalak tak berenti-renti. Apo lagi... Ayuhlah menabung kepada TNB dengan lebih lagi sebab aircond boleh dikatakan dibukak almost 24 hours. Vah!!!! Takpela asalkan dia tak meragam and membesar dengan sihat apa la sangat nak bayar bil letrik tuh. (ayat sedapkan hati)

Nah tengokla muka Zahin Anaqi nih yang dah nak masuk 3 bulan nih... Makin gedempol! Makin booolat!

Monday, June 23, 2014

Laki & handphone

Sejak-sejak teknologi makin canggih ni makin kurang plak komunikasi secara fizikal nih. Itu aku rase lah. Macam kadang g makan kat kedai aku perati anak-anak sibuk dengan tab and hp masing -masing mak bapak je yg sibuk sembang. Bukan pe nak mengadu nih rasa macam nyesal plak kenalkan aplikasi whatsapp tuh kat lakiku. Last year kot dia baru 'diexposekan' dengan application nih last-last skrg nih sume group dia join. Group adik beradik la, group member opis la, group member sekolah la. Haih boring btol! Kalau xda wassap nih macam kuno plak kesian plak dia jadi bahan kutukan nanti. Dah ada rasa macam menyemakkan plak.

Mana lah mek tak boring.... Balik rumah dah lah malam dalam pkol 8++ pastu aku bagi makan ape sume dalam pkol 9 ++ tuh aku dah nak tido. Ada baby nih letih mak aiii pkol 8 dah ngantok. Masa dia makan tuh la pun nak sembang-sembang. Ni aku dah la seharian tak jumpa malam bile ajak sembang dia bole dok la godeh hp tak habis-habis pastu gelak pastu buat-buat macam interested dengan sembangan aku tadi. Mau tak berapi!!!! Ha bile dah geram tuh aku nyahkan je tinggal masuk bilik baring lagi bagus.

Rasenye macam teknologi canggih macam nih mendekatkan yang jauh tapi menjauhkan yang dekat. Ke aku je yang rase macam tu orang len tak erk? Dalam wassap aku nih ada 1 je group that is group peniaga EKF tuh pun aku mute kan and tak aktifkan notification dia. Bile aku free je aku bukak and baca. Kadang bukan bincang pasal EKF tapi sembang hal anak la haper tuh yg maleh aku nak join. Aku kan sombong! Hahaha.. Pape jela labu janji aku tak kaco hidup ko udah lerrrr. Aku ske bunyi hp ni kalau orang nak order barang @ sembang dgn kwn-kwn ataupun family aku je. Lain-lain group merepek nih jangan lah nak invite memang aku tak mooo.

Sekian luahan mek yang boring. :-)

Tuesday, June 3, 2014

Polycystic Ovary Syndrome (PCOS)

Tadi sembang dengan member yang dah 3 tahun kawin tapi belum ada anak. Dah banyak ubat dia makan tapi masih belum ada rezeki. Aku pun google pasal sakit nih rupanye Ekstrak Kacip Fatimah yang aku jual tuh insyaallah boleh rawat penyakit ni (dengan izin Allah). So, tangan pun laju share pasal EKF nih dengan member tuh. Bukan niat nak untung sebab dapat jual tapi niat nak sharing kebaikan produk nih jer.

Nih antara ringkasan yang aku buat dalam page Ekstrak Kacip Fatimah yang baru aku buat.

Polycystic Ovary Syndrome (PCOS)
Penyakit hormon yang melibatkan sistem reproduktif wanita, kerap berlaku di kalangan wanita ketika masih berada dalam umur kesuburan mereka.

Pesakit PCOS mempunyai dua dari tiga ciri yang berikut:
1. Hyperandrogenism (lebihan hormon lelaki)
2. Oligo and / or anovulation (kitaran haid tidak menentu dan tiada ovulasi)
3. pemeriksaan ultrasound menunjukkan ovary mempunyai banyak folikel cyst (lebih dari sepuluh) tetapi saiznya kecil kurang dari 10mm

Kajian menunjukkan bahawa penggunaan supplemen yang kaya dengan phytoestrogen mempunyai kesan positif dalam metabolism glucose dan lipid seterusnya memberikan kesan yang baik bagi mengurangkan masalah dalam sistem kardiovaskular yang disebabkan oleh kegemukan, diabetes dan hyperlipidemia.

Ekstrak Kacip Fatimah yang dikeluarkan oleh UTM merupakan supplemen yang kaya dengan phytoestrogen yang dapat memberikan kebaikan kepada pesakit PCOS.


***Aku buat page khas untuk EKF nih sebab aku tak suke nak setiap jam promote barang yang aku jual. Sebabnye dia akan menyemakkan mata kawan-kawan aku yang len. Sebab aku pun tak suke nak dapat newsfeed cume citer pasal beg ke kasut ke ubat ke yang diaorang jual. Kalau korang memang bisnes guna facebook buat lah page produk tuh supaya orang tak boring okey... Kalau sehari sekali update pasal bisnes okeylah..

Friday, May 30, 2014

Cepatnye masa berlalu

Tengok kalendar tadi minggu depan Zahin Anaqi dah 2 bulan (5.6.2014). Cepatnye la masa berlalu. Means ada lagi 2 bulan nak bercuti berjimba kesana kemari. Pastu terpaksa rela bagi orang lain jaga Zahin sebab mummy dah kena kerje. Aduhai sedihnye.... Tapi sampai hari nih aku belum dapat pun pengasuh Zahin. Tak tau mana nak hantar dia nih. Sape- sape tau area Putrajaya ada pengasuh @ taska yang elok selain taska JPN bole la call aku nih.

Hari nih pendekar dua orang tuh Zara Zikri atok nenek dia jaga so rumah adalah sangat sunyi.vaaaa bantai tido je mummy korang takde sebab kurang bercakap dan kurang menjerit. Bahahaha kalau tak memang sore aku je la kat taman nih yang paling kuat. Rasanye bile dah beranak 3 nih aku rasa rumah dah macam haper. Kejap je bersih pastu sepah dengan mainan. Kejap je sunyi tengok tv baik-baik pastu melalak-lalak gado. Makkk aiiihhh tension wehhh.

Tapi laki aku ske aku dok rumah sebab dia balik rumah dah kemas,  kain baju dah berlipat dan yang paling penting dia tak payah buat kerje rumah 1 haper pun. Relax brader relax!!! Ecececehhh... Aku rasa tak kerje pun sama penat dengan kerje sebab nak handle anak lagi susah dari nak handle kerje. Weeee... So pendek citer aku memang tak sesuai ada anak ramai. Cukuplah apa yang Allah dah bagi kat aku nih. Jaga lah sebaik mungkin. Aminnnnnn

Thursday, May 29, 2014

Ekstrak Kacip Fatimah - UTM

Hari nih nak story pasal 1 lagi product yang sangat- sangat best iaitu Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM. Produk ni memang la tak terkenal sangat macam Jamu Mak Dara dan seangkatan dengannye tapi pada sesiapa yang follow Dr Zubaidi yang femes tu, sure korang tau dia selalu rekemen EKF nih untuk mengatasi masalah wanita.

Ni antara kebaikan EKF nih pada perempuan

KEBAIKAN EKSTRAK KACIP FATIMAH:

●mengatur semula kitaran haid bagi wanita yang sudah lama tidak datang haid atau masalah kitaran haid yang tidak teratur
●mengurangkan keputihan atau lendiran yang melampau dari faraj
●merawat kecederaan dan mengecutkan rahim/faraj selepas bersalin atau keguguran
●menambah tenaga selepas bersalin kerana ia membantu meningkatkan sel darah merah dalam tubuh.
●melancarkan proses kelahiran bayi (diambil pada mingu kehamilan ke 38). Walaubagaimanapun tidak digalakkan untuk menggunakan EKF di awal kehamilan.
●melangsingkan badan dan menegangkan otot-otot
    melancarkan perjalanan darah haid sekaligus ●mengurangkan sakit sengugut
●mengatasi masalah kemurungan (meroyan) selepas bersalin
●mengurangkan risiko "turun rahim" atau uterine prolapse
●mengurangkan masalah menoupose seperti rasa panas, kekeringan dan kegelisahan.

Nanti aku akan share pengalaman aku sendiri pas guna EKF beberapa hari masa 2 minggu bersalin Zahin.

So sape-sape nak order boleh sms / whatsapp : 0122265570

Mylea Skincare

Produk baru yang aku jual sekarang nih Mylea Skincare. Banyak dapat sambutan sebab murah dan berkesan. Diulangi murah dan berkesan. Harga asal RM90 sekarang promosi RM80. Beli 2 set RM150.

Mula-mula tuh aku tak nak jual sebab tak pakai so aku buat dropship jer tapi banyak plak request nak COD area bangi jadi bile buat dropship jadi leceh argh nak cod so takpe la aku jadi agen jer la sebab banyak dapat good review dari pembeli. Kalau good review maknanya barang baik lah! Bahahahaha...

So uolllss sape-sape ada masalah jerawat dan jeragat ataupun bintik putih tuh boleh lah try mylea skincare nih. Produk ni bukan pompuan je bole guna lelaki pun sesuai. 1 set ada 4 barang iaitu sabun,toner,krim malam dan krim siang. Dun worry erk produk nih tak de peeling-peeling yang menyakitkan sebab dia dibuat dari bahan semulajadi. Orang pompuan yang banyak jeragat tuh aku syorkan try lah mylea skincare nih sebab dah banyak testimoni jeragat aku dapat dan akan diupload satu persatu.

Sms / whatsapp ;012-2265570 kalau nak beli mylea skincare. Tak payah kol ler sebab kadang-kadang aku busy so memang tak berjawab kol tuh. Korang mesej je lah sure aku reply.

Tuesday, May 27, 2014

Promosi Mei Mylea Skincare

Promosi Mylea Skincare! 
Promosi Mylea Skincare! 
Promosi bermula dr 22 - 31 Mei 2014 
Tinggal lagi beberapa hari jer lagi uoolllsss!!!!
Jom pakat ramai2 dapatkan Mylea Skincare. .berbaloi-baloi
sms / whatsapp: 012-2265570
c.o.d area bandar baru bangi & putrajaya!

Kiddos

Hari nih ikut lakiku ke Ipoh. Saje boring dok rumah lagipun last week the whole week busy je dia yang ntah pape so dah dia ajak aku pun okey je la. Benornye tak da pape pun kat sini cuma ada wifi and ada swimming pool so dah pasti anak-anak yang happy. Selebihnye merap dalam bilik je pun.

Si Zahin pun eloknye la perangai erk tak menjerit langsung. Bangun nak menyusu pastu tido balik. Yer arghhh bilik sejuk kot econ je manjang. Bil letrik kat rumah bulan nih rm200. Pergh dapat tudung Fareeda sehelai. Bukan aku ajo berecon tapi agaknye sebab dah memang dari dalam perut kot aku pun ske tido sejuk-sejuk. Maka bile kuar budak gedobot nih dia pun nak berecon dari siang ke malam. Huiiiii mampuih omak nih nak bayar bil letrik. Si papa pun dah geleng pala jer sebab kalo balik kampung dah sah-sah takde econ takut kot bujang dia nih menjerit nanti. Huhuhu..


Pastu kakak and abang dia plak sibuk lah sorang tengok kartun kat tv sorang tengok Frozen kat laptop. Mummy buat apa? Mummy ngadap hp jerla. Zahin pun layan tido. Maka terciptala entry ini yang ntah pape. Bahhhhhaha.... Bagi aku teknologi zaman sekarang ni kadang-kadang sangat lah membantu handle kiddos dari jerit memekak. Macam sekarang ni sunyi aman damai sebab masing-masing layan syok sendiri. Sama gak kalau pegi makan kat mana-mana kedai yang ada wifi bukak kan je youtube ha senyap takda lah aku pun sama nak naik meroyan nak mengetip sapa-sapa yang notty tapi ada gak buruknye.

Buruknye Kalau macam hp tuh tak dibagi time diminta mak aiiiii dia punye merenggek macam aku tak bagi makan seminggu. Perghhh terutama si Zikri. Hoiii stress sungguh sampai bole gado la laki bini. Laki aku plak dia sangat memanjakan bujang senang sorang ni kalau salah macam mana pun dia okey jer. Jangan aku,  kalau ko memang salah memang mendapat la erk no filter-filter zara ke zikri sama je aku bagi. Hhhahahah